Wednesday, March 16, 2011

PI MAI PI MAI TANG TU....kata kunci jawapan P.Islam PMR/SPM

KATA KUNCI JAWAPAN


1. PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR
Yang mendorong melakukan perkara baik (positif)
1.       Iman yang kukuh
2.       Pengetahuan agama yang mendalam
3.       Terpengaruh undur luar yang positif
4.       Dapat mengawal hawa nafsu
5.       Sering melakukan amal ibadah
6.       Memperbanyakkan doa kepada Allah
7.       Sering bertaubat di atas dosa yang dilakukan
8.       Mengelakkan diri dari melakukan maksiat dan kemungkaran

2. PUNCA/ SEBAB/ FAKTOR PERKARA NEGATIF
Yang mendorong melakukan perkara buruk (negatif)
1.       Iman tidak mantap
2.       Kurang pendidikan agama
3.       Terpengaruh rakan sebaya
4.       Kurang kasih sayang ibu bapa
5.       Masyarakata tidak prihatin
6.       Pengaruh keduniaan/ kebendaan
7.       Terpengaruh hawa nafsu
8.       Terpengaruh dengan media massa
9.       Tidak melakukan perintah Allah
10.    Tidak membaca dan menghayati al-Quran
11.    Tidak mendengar nasihat alim ulamak
12.    makan makanan haram/ rasuah/ judi

3. KESAN/ AKIBAT/ SEBAB DILARANG/ MELAKUKAN PERKARA NEGATIF
3.1 Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada individu
1.       Dimurkai Allah
2.       Dibenci masyarakat/ hidup terasing
3.       Jiwa tidak tenteram
4.       Iman semakin kurang
5.       Dihukum qisas/ hudud semasa di dunia

3.2 Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada keluarga/ masyarakat
1.       Keluarga / masyarakat akan porak peranda
2.       Keluarga akan dipulaukan masyarakat
3.       Keluarga / masyarakat dkan dimurkai/ dilaknat Allah
4.       .  Keluarga / masyarakat sentiasa susah/ miskin
5.       Maruah keluarga/ masyarakat tercemar/ hina


3.3 Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada negara
1.       Negara menjadi mundur
2.       Ekonomi negara terjejas/ miskin
3.       Berlaku perpecahan kaum
4.       Banyak berlaku pergaduhan/ permusuhan
5.       Pembangunan terbantut
6.       Negara akan dijajah oleh kuasa asing
7.       Dilaknat/ mendapat bala dari Allah


3.4 Jika melakukan perkara buruk atau negatif pada agama
1.       maruah agama rosak
2.       Sukar mengembangkan Islam
3.       Maruah umat Islam tercemar


4. KESAN POSITIF/ HIKMAH/ AKIBAT/ KEPENTINGAN/ KEUNGGULAN/ MELAKUKAN PERKARA POSITIF
4.1  Sesuatu amalan baik kepada individu muslim
1.       Dikasihi Allah
2.       Dihormati oleh masyarakat
3.       Melahirkan individu yang berjiwa murni dan luhur
4.       Jiwa tenang
5.       Hidup diberkati
6.       Maruah terjaga
7.       Akidah terpelihara

4.2  Sesuatu amalan baik kepada masyarakat muslim
1.       Hidup aman dan harmoni
2.       Syiar Islam berkembang
3.       Menjalin silaturrahim
4.       Masyarakat bekerjasama / pembangunan pesat
5.       Diredai Allah
6.       Ditambah nikmat dan rezeki Allah

4.3  Sesuatu amalan baik kepada negara
1.       Islam tersebar
2.       Taraf hidup meningkat
3.       Negara aman dan tenteram
4.       Negara menjadi maju
5.       Umat Islam bertambah kuat
6.       Ekonomi teguh
7.       Disegani negara lain

5.  CARA MENGATASI PERKARA NEGATIF
1.       Tingkatkan iman
2.       Menguatkuasakan undang-undang/ mengetatkan undang-undang
3.       Mengenakan hukuman berat/ qisas/ hudud
4.       Mengadakan kempen/ ceramah/ seminar berkaiatan dengannya.
5.       Membaca dan menghayati al-Quran
6.       Melaksanakan segala perintah Allah.
7.       Menjauhi segala larangan Allah.
8.       Masyarakat prihatin/ memberi teguran/ melapor pihak bertanggungjawab
9.       Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
10.    Mematuhi arahan pemimpin negara
11.    Menegakkan keadilan Allah.
12.    Menghapuskan/ menutup tempat maksiat
13.    Mendengar nasihat alim ulamak
14.    Ibubapa berperanan mendidik anak-anak
15.    Mengawal media massa
16.    Mangawal hiburan dari keterluan
17.    Membentuk pembimbing rakan sebaya


6. CARA MENGATASI/ APLIKASI/ CARA/  IBADAT
Yang meminta jawapan yang berbentuk perlakuan/ amal ibadat
NYATAKAN AMALAN SUNAT SAN WAJIB
1.       Melaksanakan ibadat wajib – haji/ puasa/ zakat
2.       Membaca dan menghayati al-Quran
3.       Berzikir/ tahmid/ takbir
4.       Berselawat
5.       Berdoa
6.       Solat sunat con. Tahajud, hajad, dhuha, taubat, witir,
7.       Membaca al-Quran/ mengkaji
8.       Menghadiri majlis ilmu keagamaan/ akedemik
9.       Bertaubat/ istigfar
10.     Puasa sunat con. Puasa isnin dan khamis,  6 hari dalam syawal

7. SIKAP  ATAU SIFAT
1.         Bertawakkal setelah berusaha
2.         Redha dengan ketentuan Allah
3.         Sabar dengan ujian Allah
4.         Qanaah berpada dengan apa yang ada
5.         Amanah
6.         Ikhlas meakukan sesuatu
7.         rajin berusaha/ tidak putus asa
      8.         Sentiasa mengingati Allah
9.         Menepati masa
10.      Menjaga disiplin
11.      Sentiasa berhati-hati
12.      Takut melakukan maksiat
Dhm







Wednesday, January 19, 2011

BERCOUPLE DALAM ISLAM??????

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati
dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata
makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi
di kalangan muda-mudi sekarang.
Apa Itu Ber’couple’?
Ber’couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh
masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke
hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila
rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota,
bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan
berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan
percintaan mereka dan kemudian ber’couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau
di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan
‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti
peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada
asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abangsayang
dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup
mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’.
Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya
akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira,
mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius,
sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke
akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan
sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang
ber’couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada
juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.
Mengapa Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah
timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber’couple’, sudah tentu perasaan ingin
tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan
kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk
kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan
panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita
Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan,
lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber’couple’? Memang tidak
dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka
ketahui
sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan
dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal
mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi
Maha Mengenal.
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan
hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan
mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini.
Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, “
beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya;
yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat.
memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkaraperkara
yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi
kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat
yang seterusnya Allah berfirman, “
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...
An-Nur(24) ayat 31. Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan
matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5
sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan
perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk
suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-
Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular
di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak
berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan
pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah
melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan
hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan,
walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak
jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan
dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita
dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta
sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah
HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita,
Nabi muhammad S.A.W.? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenisjenis
zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : “
Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia
pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati
ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak
menuruti
melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah,
zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya
ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti
(Dua hadis di atas adalah sahih dan diriwayatkan oleh 4 orang imam, iaitu Al-Bukhari,
Muslim, Ahmad dan Ghayatul-Maram. *Sahih Muslim, hadis ke 2281. **Sahih Muslim,
hadis ke 2282)
Daripada dua hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian
zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan
sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan katakata
manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada
kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya,
telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri
zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si
Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat
penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak
bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan
percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan.
Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa.” Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: “Hai manusia,Katakanlah kepada orang laki-laki yang" Surah An-Nur(24) ayat 30. Dalam ayat ini, jelas Allah telahKatakanlah kepada wanita yang beriman:” SurahSesungguhnya.”* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya’Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah.”**
Apa Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan
diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini
setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat
meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinakjinak
dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang
tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi
meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang
sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan
pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis
hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri
nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh
dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan
kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap
menginginkan seseorang yang baik sebagai teman hidupnya. Firman Allah, “
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang
baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)
Nuur(24) ayat 26. Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik
dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik,
dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta
diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta
diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan
Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang
kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi
sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang
perbuatan yang kita lakukan itu. Firman Allah, “
memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan
(Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam
Al-‘ankabut(29), ayat 38.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak dibenarkan bergaul terlalu
rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri
perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab.
Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu.
Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang
melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting.
Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak
dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah
kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi
seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan
menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan
kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya
apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan
berhenti terus daripada memikirkannya. Firman Allah, “
godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.”
Para pembaca adalah diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita
menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah..
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22, “
taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya,
sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),
sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka
tidak mendengarkan.
buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak
memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.
buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah
Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah
neraka Jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11 :
berdosa,
menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar
gembiralah dia dengan azab yang pedih.
tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang
memperoleh azab yang menghinakan.
akan berguna bagi mereka sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula
berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain
Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang
sangat pedih.
Wanitawanita.” Surah An-Dan setan menjadikan mereka.” SurahDan jika kamu ditimpa sesuatuSurah Al-A’raf ayat 201.Hai orang-orang yang beriman,(20) dan janganlah kamu menjadi(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling(22). Orang yang palingKecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada
perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai
dengan kehendak kita. Firman Allah,“
Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada)
Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan:
sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan
perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),
Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada"Kami beriman kepada yang(150)
merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk
orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan.
150-151. Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang
telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan
tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima
kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23, ”
menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat
berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya
petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?
tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-
Baqarah(2) ayat 216,”
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(151). Surah An-Nisaa’(4) ayatMaka pernahkah kamu melihat orang yang” Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah,Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah
menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya
adalah HARAM.
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak
mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin
disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan
diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah
untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang
terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya
jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah
pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini
merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cintamenyintai
ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan
antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan
dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan
pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada
hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara
masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam
Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin
menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan
tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang
silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat
hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya.
Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah
sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak
bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa
mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada
ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali
mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju,
barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang.
Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh
lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam
masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling
mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan
hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan
merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami
isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya
untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan
tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang
bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua
pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan
secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup
teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan
perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada
pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah.
Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya
dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan
semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari
jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita
mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam
pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi
tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa
sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam
dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Wallahua’lam..